Sabtu, 17 Disember 2011
Pelangi
Terima kasih Tuhan kerana bagi aku lihat pelangi. Bila guruh berdentum dan langit mendung, pelangi pergi dan tak muncul lagi. Di lain waktu dalam perjalanan ini, akan muncul pelangi lain menampakkan diri. Pelangi datang dan pergi warnai alam ini. Pelangi penambah seri. Hilangnya pasti 'kan berganti.
Selasa, 6 Disember 2011
Rindu Ini Ku Bisikkan pada Illahi
Kecil. Tak besar. Sunyi. Tak sepi. Rindu ini ku bisikkan pada Illahi. Semoga satu hari nanti. Masa itu kan tiba membawa bahagia dalam hati.
Isnin, 28 November 2011
istikharah cintaku
dan apabila Allah mendengar doaku, aku lalu tersenyum memikirkan bahawa ya doaku telah didengar.
dengan rendah diri aku akan terus berdoa pada-Mu Ya Khalik tentang istikharah cintaku.
Semoga Kau akan kabulkan doaku buat masa terdekat ini.
Amin, Ya Rabbal Alamin...
Jumaat, 30 September 2011
mungkin kamu
saya tahu, bila saya jatuh cinta saya mula melupakannya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta saya mula menjauhkan diri darinya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya tak pasti dia pun merasakan hal yang sama.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya cuba untuk tidak memikirkannya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya tak tahu bila bermulanya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya tak kenal diri saya dan kemahuan saya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya terus tertanya-tanya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya tak mahu kehilangannya.
saya tahu, bila saya jatuh cinta, saya tak tahu untuk melafazkannya.
saya tahu, saya sedang jatuh cinta tapi tak pasti dengan siapa?
mungkin kamu yang buat saya jatuh cinta.
sekali lagi...
Jumaat, 9 September 2011
Aku dan Kamu
Satu pengalaman yang tak akan terlupakan.
Setelah lama kita tidak berbicara.
Kekok dan malu menjadi satu.
Harap lidah tidak kelu.
Persahabatan terjalin indah sekian lama.
Biar ia kekal begitu dan bersahaja.
Aku dan kamu.
Setelah lama kita tidak berbicara.
Kekok dan malu menjadi satu.
Harap lidah tidak kelu.
Persahabatan terjalin indah sekian lama.
Biar ia kekal begitu dan bersahaja.
Aku dan kamu.
Selasa, 6 September 2011
Harap
Tiada lain.
Saya hanya harap pada satu perkara itu.
Biarlah sesuatu yang tak pernah bermula tanpa kata itu,
tidak akan berakhir tanpa kata juga.
Saya harap. Harap-harapnya perkara yang lebih baik yang akan terjadi.
Amin...

Ahad, 28 Ogos 2011
Diam Tanda Cinta
Semakin dicari semakin tidak terhampiri.
Menjauh sekali.
Diam. Tanda cinta? Cinta yang mendiami hati. Hati seakan mati.
Tidak terluah keluar dari dalam diri.
Diam mungkin juga bukan tanda cinta. Diam hanya diam.
Cuma diam tidak cinta. Barangkali.

Rabu, 17 Ogos 2011
semakin tenang
Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.
Kerana Kau murahkan rezekiku.
Diri ini semakin tenang.
Aku akan terus bersabar dengan segala kurniaan dari-Mu.
Kerana banyak nikmat yang dapat dirasakan saat anugerah dari-Mu ku terima.
Semoga saja aku terus tenang diri.
Menunggu terus. Pasti.

Ahad, 14 Ogos 2011
...
tiba-tiba, satu hari, ada yang mengetuk pintu hati.
tapi banyak cerita tersendiri.
ada suka yang mengganggu emosi
sekejap. kemudian senyap.
tapi banyak cerita tersendiri.
ada suka yang mengganggu emosi
sekejap. kemudian senyap.
tertanya-tanya
hati ni selalu tertanya-tanya.
bila agaknya?
tah kan sempat ntah kan tidak?
persoalan yang selalu orang akan soal tapi aku tak pernah punya jawapan.
jawapan aku hanya bisu.
terus terkebil-kebil.
kadang-kadang rasa sayu.
tapi.... aku tak mampu.
aku terus tunggu.
serba tak kena.
resah, gelisah tentang satu kisah.
kisah yang akan jadi satu kisah baru, tinggal kisah lama.

Jumaat, 12 Ogos 2011
lama - baru
lama.
baru terasa lama.
lama yang terlalu lama.
walau berapa lama pun nanti.
lama tak kan jadi baru.
tapi yang lama berganti baru.
baru terasa lama.
lama yang terlalu lama.
walau berapa lama pun nanti.
lama tak kan jadi baru.
tapi yang lama berganti baru.
Rabu, 20 Julai 2011
Tuhan tolong aku
orang kata, kalau kita rindukan orang tu, sebenarnya orang tu pun rindukan kita balik. betul ke? ramai orang cakap, betullah tu kot.
aihhh... entahlah. kenapa jadi macam ni? persoalan hati sukar difahami.
Tuhan tolong aku, sampaikan rasa rinduku ini kepadanya.
malu rasa mahu meluahkannya, kerana aku mahu menjaga batas diriku.
aihhh... entahlah. kenapa jadi macam ni? persoalan hati sukar difahami.
Tuhan tolong aku, sampaikan rasa rinduku ini kepadanya.
malu rasa mahu meluahkannya, kerana aku mahu menjaga batas diriku.
Rabu, 6 Julai 2011
cerita hati
sampai mati pun tak akan pernah habis cerita tentang hati.
cerita lara hati yang tak termotivasi. hari-hari seperti mati.
cerita lagi pasal hati.
hati-hati bila bicara soal hati.
hati yang diduga, kuatkan dengan iman.
hati yang pilu bisikkan dengan alunan al-Quran.
semoga iman akan menyelamatkan hati-hati manusia yang sering berbolak-balik dengan bisikan syaitan.
Tuhan, berikan rahmat-Mu agar aku dan manusia lainnya sentiasa berpedoman.
Aminn...
Selasa, 5 Julai 2011
kenang-kenangan yang akan diingati sampai mati.
semoga apa yang saya takutkan selama ini saya akan terus kuat untuk meneruskan hidup.
saya tidak pernah meminta segala kenangan itu datang kembali.
yang saya mahu adalah membina kenangan lain dengan orang yang selayaknya.
semoga saya akan dapat mencipta kenangan indah dan mengingati setiap kenangan itu tanpa perlu dimarahi oleh sesiapa pun.
saya. awak. semoga kita saling sentiasa mengingatkan dan mencipta kenangan bersama.
yang akan diingat sampai mati. selamanya abadi.

jatuh. bangkit.
indah apabila teringatkan kenangan bersama awak.
tapi keindahan itu perlu saya lupakan.
kerana ada yang marah apabila saya mengingatinya.
kata mereka - lupakanlah.
kerana kita tak diciptakan untuk bersama.
mengingatkan tentang hal itu - saya sakit.
seperti tersungkurnya saya dan muka tersembab ke tanah.
kemudian saya bangkit.
dan menjadi terlalu berhati-hati. selalu. di mana-mana pun.
sampai ada kalanya saya jadi takut dengan perkara-perkara yang indah.
saya pendam. tanpa ada siapa pun yang tahu.

saling bicara
kamu tahu kenapa kita jarang berbicara? sebab kita acapkali gagal mencari ayat-ayat yang indah untuk hubungan ini...
indah sekiranya dalam hubungan ini kita saling sentiasa berbicara.
dari satu peristiwa kepada peristiswa lainnya.
kita mungkin berbeza pendapat dan saling berbalah.
tapi kita tahu tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah.

lebih baik tak tahu
aku mahu putaran masa cepat berlalu.
bukan selalu. tapi apabila perlu.
bila masa berlalu. aku mahu lupakan sesuatu.
sesuatu yang tak pernah aku mahu.
akhirnya, aku tahu tak seperti apa yang aku mahu itu aku akan dapatkan sesuatu dari situasi itu.
sesungguhnya aku tak mahu tahu.
untuk tahu apa-apa pun.

mencabar.sangat menggila.
hidup tidak indah ketika dilanda musibah.
hidup dalam kehidupan manusia - mencabar. sangat menggila.
ada pada satu saat. terasa seperti mahu menghentikan putaran masa.
lalu dan berlalu begitu sahaja.
hidup dalam kehidupan manusia - mencabar. sangat menggila.
ada pada satu saat. terasa seperti mahu menghentikan putaran masa.
lalu dan berlalu begitu sahaja.
Langgan:
Ulasan (Atom)