indah apabila teringatkan kenangan bersama awak.
tapi keindahan itu perlu saya lupakan.
kerana ada yang marah apabila saya mengingatinya.
kata mereka - lupakanlah.
kerana kita tak diciptakan untuk bersama.
mengingatkan tentang hal itu - saya sakit.
seperti tersungkurnya saya dan muka tersembab ke tanah.
kemudian saya bangkit.
dan menjadi terlalu berhati-hati. selalu. di mana-mana pun.
sampai ada kalanya saya jadi takut dengan perkara-perkara yang indah.
saya pendam. tanpa ada siapa pun yang tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan