orang kata, kalau kita rindukan orang tu, sebenarnya orang tu pun rindukan kita balik. betul ke? ramai orang cakap, betullah tu kot.
aihhh... entahlah. kenapa jadi macam ni? persoalan hati sukar difahami.
Tuhan tolong aku, sampaikan rasa rinduku ini kepadanya.
malu rasa mahu meluahkannya, kerana aku mahu menjaga batas diriku.
Rabu, 20 Julai 2011
Rabu, 6 Julai 2011
cerita hati
sampai mati pun tak akan pernah habis cerita tentang hati.
cerita lara hati yang tak termotivasi. hari-hari seperti mati.
cerita lagi pasal hati.
hati-hati bila bicara soal hati.
hati yang diduga, kuatkan dengan iman.
hati yang pilu bisikkan dengan alunan al-Quran.
semoga iman akan menyelamatkan hati-hati manusia yang sering berbolak-balik dengan bisikan syaitan.
Tuhan, berikan rahmat-Mu agar aku dan manusia lainnya sentiasa berpedoman.
Aminn...
Selasa, 5 Julai 2011
kenang-kenangan yang akan diingati sampai mati.
semoga apa yang saya takutkan selama ini saya akan terus kuat untuk meneruskan hidup.
saya tidak pernah meminta segala kenangan itu datang kembali.
yang saya mahu adalah membina kenangan lain dengan orang yang selayaknya.
semoga saya akan dapat mencipta kenangan indah dan mengingati setiap kenangan itu tanpa perlu dimarahi oleh sesiapa pun.
saya. awak. semoga kita saling sentiasa mengingatkan dan mencipta kenangan bersama.
yang akan diingat sampai mati. selamanya abadi.

jatuh. bangkit.
indah apabila teringatkan kenangan bersama awak.
tapi keindahan itu perlu saya lupakan.
kerana ada yang marah apabila saya mengingatinya.
kata mereka - lupakanlah.
kerana kita tak diciptakan untuk bersama.
mengingatkan tentang hal itu - saya sakit.
seperti tersungkurnya saya dan muka tersembab ke tanah.
kemudian saya bangkit.
dan menjadi terlalu berhati-hati. selalu. di mana-mana pun.
sampai ada kalanya saya jadi takut dengan perkara-perkara yang indah.
saya pendam. tanpa ada siapa pun yang tahu.

saling bicara
kamu tahu kenapa kita jarang berbicara? sebab kita acapkali gagal mencari ayat-ayat yang indah untuk hubungan ini...
indah sekiranya dalam hubungan ini kita saling sentiasa berbicara.
dari satu peristiwa kepada peristiswa lainnya.
kita mungkin berbeza pendapat dan saling berbalah.
tapi kita tahu tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah.

lebih baik tak tahu
aku mahu putaran masa cepat berlalu.
bukan selalu. tapi apabila perlu.
bila masa berlalu. aku mahu lupakan sesuatu.
sesuatu yang tak pernah aku mahu.
akhirnya, aku tahu tak seperti apa yang aku mahu itu aku akan dapatkan sesuatu dari situasi itu.
sesungguhnya aku tak mahu tahu.
untuk tahu apa-apa pun.

mencabar.sangat menggila.
hidup tidak indah ketika dilanda musibah.
hidup dalam kehidupan manusia - mencabar. sangat menggila.
ada pada satu saat. terasa seperti mahu menghentikan putaran masa.
lalu dan berlalu begitu sahaja.
hidup dalam kehidupan manusia - mencabar. sangat menggila.
ada pada satu saat. terasa seperti mahu menghentikan putaran masa.
lalu dan berlalu begitu sahaja.
Langgan:
Ulasan (Atom)